Sunday, February 9, 2014

FRASA KERJA BAHASA MELAYU

FRASA KERJA
Frasa Kerja

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau lebih dengan kata kerja sebagai unsur intinya.
Secara umumnya, frasa kerja terbahagi kepada dua, iaitu;
i.              Binaan frasa kerja tanpa objek; dan
ii.            Binaan frasa kerja dengan objek

Binaan frasa kerja tanpa objek terdiri daripada kata kerja tak transitif yang mungkin diikuti oleh pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif, atau pelengkap frasa sendi nama. Contohnya;
·         Perompak itu bersenjatakan pisau         (pelengkapnya kata nama)
·         Orang itu sentiasa berbuat baik               (pelengkapnya kata adjektif)
·         Anaknya bermastautin di ibu kota          (pelengkapnya frasa sendi nama)

Binaan frasa kerja tanpa objek juga boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang.
Contoh;
·         Abang tertawa                                (tanpa pelengkap)
·         Kami bermain dam                                   ( kata nama dam sebagai penerang)

Binaan frasa kerja dengan objek terbahagi kepada dua bentuk.
(a)  Frasa kerja transitif dengan satu objek, misalnya
·         Bapa membeli motosikal                         (satu objek-motosikal)
(b)  Frasa kerja transitif dengan dua objek, misalnya;
·         Bapa membelikan abang motosikal     (dua objek-abang[objek tepat]
                                                                       dan motosikal [objek sipi])

Frasa   kerja boleh mengandung kata bantu, sama ada kata bantu aspek atau kata bantu ragam. Contoh;
·           Ridhwan pernah menulis cerpen                       (mengandung kata bantu aspek                                                                                   pernah)
·           Hasmidar hendak meminjam pen         ( mengandung kata bantu ragam                                                                      hendak)
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Contoh;
·         Dia mengaku bahawa dia cinta akan gadis itu
(Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen)                                
·         Beliau berkata bahawa masalah itu harus didedahkan segera
( Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen)

Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan yang hadir selepas kata kerja. Unsur keterangan terbahagi kepada jenis-jenis yang berikut;
(a)  Keterangan tempat atau arah, contohnya;
·         Abang saya belajar diseberang laut.
·         Adik melompat ke atas tilam.
(b)  Keterangan waktu, misalnya;
·         Perlawanan itu tamat pada jam sepuluh setengah malam.
·         Dia menyudahkan jawapannya dalam tempoh satu jam
(c)  Keterangan cara, contohnya;
·         Air sungai mengalir deras                                    (keterangan kata adjektif)
·         Air sungai mengalir dengan derasnya (keterangan frasa sendi nama)
(d)  Keterangan tujuan dan harapan, misalnya;
·         Mereka bekerja demi sesuap nasi
·         Dia belajar untuk masa depannya.
(e)  Keterangan alat, contohnya;
·         Mereka pergi dengan kapal terbang
·         Azhar menebang pokok dengan kapak.
(f)   Keterangan penyertaan, contohnya;
·         Anuar mengusahakan sawah itu dengan adik-beradiknya
·         Puan Julia pergi melancong ke Itali dengan suaminya
(g)  Keterangan hal, misalnya
·         Sasterawan itu sedang berbicara tentang teknik penulisan novel
·         Kabinet akan mengeluarkan laporan mengenai kenaikan harga minyak
(h)  Keterangan bagai, misalnya;
·         Dia menjerit-jerit bagai orang kerasukan hantu
·         Nisha bergaya seperti peragawati
Dalam binaan ayat dasar, frasa kerja dapat berfungsi sebagai predikat.
Contohnya;
·         Emak sedang mengemas rumah

Ragam Ayat


Ragam Ayat

1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

(a) ayat penyata;

(b) ayat tanya;

(c) ayat perintah;

(d) ayat seruan.

2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata

1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.

Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.

Contohnya:

i. Kakak sedang menyiram bunga.

ii. Lembu itu akan dijual.

Budak-budak itu bermain di tepi longkang.


(b) Ayat tanya

1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :

a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Contohnya

i. Berapakah harga kasut itu?

ii. Sudahkah adik minum susu?

iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.

2. Diakhiri dengan partikel -kah.

Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.

2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )

contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada

a. Ayat Suruhan

b.Ayat Permintaan

c.Ayat Larangan

d.Ayat Silaan

Contohnya:

a. Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.

2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.

Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.

Turunlah dari sini sekarang juga.

Cuci kasut kamu. (suruhan)

b. Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.

2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.

Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.

Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

c. Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .

2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.

3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

Contoh : Jangan minum air itu.

Usahlah menangis lagi.

Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

d. Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.

2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.

3. Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.

Jemputlah menikmati

Datanglah ke rumah saya. (silaan)

(d) Ayat seruan

Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.

Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )

3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.

4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Contohnya:

i. Amboi, cantiknya baju kamu!

ii. Aduh, sakitnya perut aku!

Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.

2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.

3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:

(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya

(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.

(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

Analisis ayat (jenis-jenis ayat)


1)AYAT PENYATA
Definisi:
 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

2) AYAT SERUAN
Definisi:
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!





3) AYAT TANYA
Definisi:
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
Ayat contoh:
a)  Adik masih belum makan?
b)  Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?
c)   Bas itu sudah bertolak?



Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1) Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
2) Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.
Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?


4) AYAT PERINTAH

1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat Suruhan
- Minumlah teh ini dahulu.
b) Ayat Larangan
-  Jangan petik bunga itu.
- Usah bermain di tepi jalan.
- Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
c) Ayat Silaan
- Silalah pakai topi keledar.
- Jemput makan bersama-sama.
d) Ayat Permintaan
- Minta anda semua bersabar.
- Tolong ambilkan saya secawan air.

Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu



Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)

Contoh

Subjek Frasa Nama
Predikat Frasa Nama
(1)   Emak
(2)   Emak  Wan Seng
(3)   Putrajaya
(4)   Bandar Putrajaya
peniaga.
peniaga sayur.
bandar selamat.
bandar selamat.


 Struktur Frasa Nama  (inti + penerang)

Frasa Nama

Predikat
Inti
Penerang
(7)    Atlet
(8)    Pelajar
(9)    Pegawai
(10)   Anak
(11)   Kucing
paralimpik
semester akhir
Jabatan Haiwan
yang soleh itu
jinak itu
meraih pingat emas.
menduduki ujian.
memberi ceramah.
baik akhlaknya.
menggigit makanan.

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati  merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa  pendapat tentang binaan frasa nama  bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan  frasa nama (Abdullah Hassan,1983).
Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:


Binaan Frasa Nama
Jenis Penerang
Inti
Penerang


Inti + Penerang Nama
Penerang nama keturunan
askar
suku bangsa
British.
Jawa
Penerang nama jenis
kucing
bunga 
parsi
mawar
Penerang nama kegunaan
serbuk
minyak
kari
pelincir
Penerang nama penyambut 
pemutar
penjaga
skru
pintu
Penerang nama kelamin
pelakon 
guru 
lelaki
wanita
Penerang nama tempat
pinggiran
pantai


Struktur Frasa Nama  (inti + inti)

Frasa Nama

Predikat
Inti
Inti
(5)   Ibu
bapa
saling bantu-membantu.
(6)   Keluar
masuk
untuk pekerja sahaja.

susunan konstituen frasa nama bahasa melayu


Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa ‘lain-lain hal’ sedangkan hakikatnya kita merujuk ‘hal’ bukannya ‘lain-lain’. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah ‘hal-hal lain’ kerana ‘hal’ tersebut yang banyak bukannya ‘lain’. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan ‘sedap’ bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut ‘tua kelapa’ bagi merujuk ‘kelapa yang sudah tua’, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut ‘kelapa tua’ bagi merujuk frasa nama berkenaan.



Pembentukan Hukum D-M

Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D) merujuk aspek yang ‘Diterangkan’ manakala (M) merujuk aspek yang ‘Menerangkan’. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’ harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘menerangkan’. Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan ‘pisang’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli ‘goreng’ sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi ‘pisang goreng’ bukannya ‘goreng pisang’ kerana ‘goreng pisang’ merujuk ‘goreng’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan ‘pisang’ sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut ‘goreng pisang’ kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.

Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya:



Bil. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa

1 - Kelapa - tua - buah kelapa yang sudah tua

2 - Orang - muda - orang yang masih muda

3 - Guru - sains - guru yang mengajarkan sains

4 - Serbuk - cili - serbuk yang dibuat daripada cili

5 - Sos - tomato - sos yang dibuat daripada tomato

6 - Restoran - Zaini - restoran kepunyaan Zaini

7 - Kedai Buku - Harris - kedai buku kepunyaan Harris

8 - Keledek - goreng - keledek yang telah digoreng

9 - Kacang - rebus - kacang yang sudah direbus

10 - Rendang - daging - rendang yang dibuat daripada daging.

11 - Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu

12 - Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu



Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris ‘Restoran Yusof’ disebut sebagai ‘Yusof Restaurant’. Hakikatnya dalam bahasa Melayu kita memperkatakan ‘Restoran’ yang dimiliki oleh Yusof, maka seharusnya kita meletakkan unsur ‘Restoran’ pada kedudukan pertama sebagai aspek yang ‘Diterangkan’ barulah diikuti oleh ‘Yusof’ sebagai unsur yang ‘Menerangkan’ iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai ‘Restoran Yusof’. Dari sudat makna, jika disebut ‘Yusof Restoran’, maka sebenarnya kita merujuk kepada ‘Yusof’ sebagai ‘restoran’. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran.

Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama ‘susu lembu’ merujuk maksud ‘susu yang diambil daripada lembu’. Manakala ‘lembu susu’ merujuk maksud ‘lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya’. Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contohnya;

1. Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi.

2. Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu.



Ulasan:

Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada ‘lembu susu’ maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin ‘Ahmad minum lembu’ sedangkan hakikatnya ‘Ahmad minum susu’. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada ‘susu lembu’ juga menimbulkan kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin ‘Ahmad memelihara susu’, sedangkan maksud yang tepat ialah “Ahmad memelihara lembu’.



Kekeliruan Hukum D-M

Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat (masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama.

Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah;



Bil. Bentuk Yang Salah -Bentuk Yang Betul

1. - lain-lain hal - hal-hal lain

2. - lain-lain perkara - perkara-perkara lain

3. - lain-lain masalah - masalah-masalah lain

4. - lain-lain kata - kata-kata lain

5. - warung goreng pisang - warung pisang goreng

6. - Adnin Kedai Runcit - Kedai Runcit Adnin

7. - tomato sos - sos tomato

8. - pencuci serbuk - serbuk pencuci

9. - Tan Klinik Gigi - Klinik Gigi Tan

10. - petrolium gas - gas petrolium



• Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (‘Diterangkan’) terletak di belakang unsur yang ‘Menerangkan’. Semua bentuk di atas merupakan terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris.

Tuesday, February 4, 2014

TOPIK 1: PENGENALAN STRUKTUR BINAAN AYAT

Struktur Ayat

  • Struktur ayat ialah susunan kata dalam ayat bagi membentuk satu binaan. Bahasa nusantara khasnya bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai pola subjek + predikat. Unsur yang membina subjek ialah frasa nama manakala unsur yang membina predikat ialah frasa adjektif, frasa kerja, frasa sendi nama atau frasa nama itu sendiri. 
  • Selain subjek dan predikat, unsur lain yang dapat membina ayat ialah objek, keterangan dan pelengkap. Susunan unsurnya pula adalah dari kiri ke kanan (sintakmatik). 
  • Selain itu, struktur ayat boleh terdiri daripada struktur ayat biasa dan sonsang. Jika sesuatu ayat itu, mempunyai hubungan tetap, unsur-unsur yang membinanya tidak boleh diubah sesuka hati.

Contohnya:   1(a) saya tidak dapat membeli baju itu.
1(b) *baju itu membeli saya tidak dapat.

Ayat tersebut mengandungi unsur-unsur kata saya, tidak, dapat, membeli, baju, dan itu. Unsur-unsur tersebut mempunyai hubungan tetap dan urutannya sukar untuk diubah. Jika diubah, ayat tersebut menyalahi aturan atau struktur ayat bahasa Melayu seperti ayat 1(b).

Tuesday, January 7, 2014

DEFINISI AYAT


Apakah Definisi Ayat dalam Bahasa Melayu?...


Definisi Ayat
       Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za’ba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Za’ba :
    
  ”ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya”
  ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm.148 )
   
      Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini  bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai :
“ Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.”
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )
    Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.
    Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu Mutakhir :
“ Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai”.
( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )
    Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :
“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam  Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 150 )

    Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.