TOPIK 1: PENGENALAN STRUKTUR BINAAN AYAT
Struktur Ayat
- Struktur ayat ialah susunan kata dalam ayat bagi membentuk satu binaan. Bahasa nusantara khasnya bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai pola subjek + predikat. Unsur yang membina subjek ialah frasa nama manakala unsur yang membina predikat ialah frasa adjektif, frasa kerja, frasa sendi nama atau frasa nama itu sendiri.
- Selain subjek dan predikat, unsur lain yang dapat membina ayat ialah objek, keterangan dan pelengkap. Susunan unsurnya pula adalah dari kiri ke kanan (sintakmatik).
- Selain itu, struktur ayat boleh terdiri daripada struktur ayat biasa dan sonsang. Jika sesuatu ayat itu, mempunyai hubungan tetap, unsur-unsur yang membinanya tidak boleh diubah sesuka hati.
Contohnya: 1(a) saya tidak dapat membeli baju itu.
1(b) *baju itu membeli saya tidak dapat.
Ayat tersebut mengandungi unsur-unsur kata saya, tidak, dapat, membeli, baju, dan itu. Unsur-unsur tersebut mempunyai hubungan tetap dan urutannya sukar untuk diubah. Jika diubah, ayat tersebut menyalahi aturan atau struktur ayat bahasa Melayu seperti ayat 1(b).
No comments:
Post a Comment